Wednesday, December 17, 2014

cara jimat dengan mengurangkan kos barang hantaran perkahwinan

Assalamualaikum,

Untuk menyempurnakan sebuah majlis perkahwinan bukan la mudah. Tapi kalau ada bajet yang besar cerita nya akan jadi lebih mudah. Tetapi tidak elok lah jika kita membazir sekira boleh dijmatkan. Antara yang boleh B2B lakukan:


  1.  RANCANG perbelanjaan..jangan berbelanja mengikut nafsu. Kadang barang yang nampak cantik atau nampak hebat tidak semesti bagus atau berguna pada kita.
  2. Beli barang hantaran yang diperlukan sahaja!! jangan membazir beli benda yang tidak diperlukan semata-mata untuk beritahu orang kampung " pihak lelaki bagi 14 dulang hantaran jerrrr" Contoh, belikan kasut sebagai keperluan kerja. 
  3. Beli barang hantaran yang boleh digunakan kelak, seperti contoh tadi, beli kasut semasa hantaran tunang dan gunakan balik kasut tersebut untuk dipakai semasa majlis perkahwinan.
  4. Yang ini tidak perlu saya beritahu tetapi tak ape..nak beritahu juga, beli barang semasa SALE!! sangat menjimatkan. Banyak barang berjenama dan berkualiti boleh di beli pada waktu ini.
  5. Beli kan buku sebagai salah satu barang hantaran kerana buku antara barang berharga kerana dapat memberi ilmu untuk menyediakan diri sebagai seorang isteri atau suami. Contoh, buku masakan, buku rumah tangga dan sebagai nya.
  6. Recycle!! maksud saya disini adalah kitar semula bekas hantaran. Contoh semasa majlis pertunangan, pihak perempuan memberi 7 dulang barang hantan kepada pihak lelaki. Pihak lelaki boleh recycle balik bekas hantaran itu dengan dekorasi yang berbeza. Saya percaya mak cik jiran sebelah tak akan perasan pun itu adalah dari bekas hantaran yang sama!
  7. Kadang-kadang ada barang baru yang kita pernah beli sebelum ini tetapi tidak digunakan. Apa salahnya hiaskan balik barang tersebut dan jadikan sebagai barang hantaran. Contoh, kain pasang yang da dibeli 5 tahun lepas masih tidak di hantar jahit. Why not, jadikan sebagai barang hantaran. 
  8. atau kat rumah ada kotak iPhone 6 yang adik...nak guna kotak iPhne 6 sebagai barang hantaran pun boleh. Kotak sahaja..tidak perlu pamerkan barang...hehehe hanya mereka-mereka yang tertentu sahaja yang tahu...
  9. Tetap kan bajet bagi barang hantaran dan disiplinkan diri beli barang mengikut bajet yang ditetapkan.
  10. DIY sendiri barang hantaran!! banyak buku pengantin/ youtube dan blog dapat memberi inspirasi untuk deko barang hantaran.

Luv, SUWET's crew
Cik kin kin

Sunday, April 27, 2014

majlis perkahwinan cik ekin

Alhamdulilah, setelah 6 tahun berkawan dari tahun 2008. Akhirnya, awal November 2013 cik ekin disatukan dengan sahabat nya hazim. Tidak di sangka orang yang cik ekin jumpa semasa belajar
di UiTM Dungun itu adalah jodohnya.


Ini pelamin akad nikah. comel tak?
dan yang ini pula pelamin sanding...cuma tukar letak kerusi dan alihkan bantal deko. comel kan...






menarik tertarik dabommm....
bakal B2B sekalian yang minat dengan DIY pun boleh deko pelamin impian sendiri..tak ade barang?? jangan risau..sewa dengan kami aja...




luv, SUWET's crew
cik kin kin